TERAPI SOSIAL : Menonton Wayang di TGV Mesra Mall

Pada 4 April 2017 baru-baru ini, PPKI SK Kemasek telah pun mengadakan program terapi sosial iaitu aktiviti menonton wayang.  Filem yang menjadi pilihan ialah filem Power Rangers 2017.  Dalam filem ini telah menceritakan bagaiman lima orang anak muda yang telah terpilih untuk menyelamatkan bumi dari serangan makhluk asing dengan bertukar menjadi Power Rangers.  Salah seorang ahli Power Rangers adalah seorang pemuda yang mempunyai masalah autistik.  Beliau telah cuba menyuaipadakan kemahiran yang dimiliki dengan keperluan kehidupannya.  Meskipun menghadapi pelbagai masalah dan rintangan beliau berjaya menghadapinya.

Seramai 17 orang murid telah mengikuti program terapi ini.  Manakala 3 orang murid lagi tidak dapat menghadirkan diri.  Semua guru dan PPM telah bersama-sama membimbing murid sepanjang program berlangsung.  Program menonton ini telah tamat pada pukul 2.00 petang.

Sepanjang aktiviti ini semua murid telah menunjukkan komitmen yang baik kecuali seorang murid dari kelas Lavender terpaksa pulang sejam lebih awal kerana tidak betah berada dalam keadaan yang gelap dan bergema di dalam panggung wayang.

Program ini adalah lanjutan dari program-program terapi yang telah dijalankan sebelum ini iaitu terapi boling dan terapi renang. Terapi Sosial dirancangkan hanya sekali setahun.

Ulasan